Fareed K-Clique – MK Nikahkan Sendiri Kakak Dengan Sahabat Baik

Keakraban anggota kumpulan K-Clique yang diterajui oleh 8 anak muda dari Sabah sememangnya tidak perlu disangkal lagi.

Walaupun masing-masing kini dilihat telah mengembangkan bakat ke bidang yang lain, namun K-Clique masih lagi aktif membuat persembahan bersama dengan lagu-lagu hits mereka.

Nampaknya, hubungan persahabatan mereka tidak terbatas hingga pulang dari bekerja sahaja kerana ada di antara mereka kini bergelar keluarga.

Fareed sah bergelar suami kepada kakak MK

Difahamkan, hari ini Fareed Saddi atau Fareed K-Clique telah selamat bergelar isteri kepada Siti Hawa iaitu kakak kepada MK K-Clique.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh abang kepada Fareed yang juga penyanyi terkenal, Sabhi Saddi di Instagram miliknya pagi tadi.

Nikahkan sendiri kakak

Apa yang menarik perhatian adalah MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah bertindak sebagai wali dan menikahkan sendiri kakak kandungnya dengan sahabatnya.

Menerusi video tersebut, Siti Hawa telah menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin.

Menerusi video yang dikongsikan Sabhi juga, suasana majlis dirai dengan penuh ketenangan dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada Fareed dan Siti Hawa apabila kini bergelar suami isteri.

MK juga dilihat sempat memberikan ucapan kepada kakak serta sahabatnya sebelum menenangkan ibu tercinta yang terlihat sebak.

Anggota K-Clique turut hadir

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut berlangsung di Sabah Convention Centre dan memilih tarikh cantik iaitu 10.10.2022.

Anggota kumpulan K-Clique yang lain juga turut dilihat berada di majlis berkenaan dengan tampil berbaju serba putih.

 

Sumber: Instagram Sabhi Saddi