Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul , Aktif Sertai Misi Kemanusiaan

Selebriti Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria.

Terbaharu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW peringkat Kebangsaan 14444H/2022M bagi kategori Ikon Kemanusiaan.

Berita baik itu turut dikongsikan dalam laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hari ini.

Turut ada bersama beberapa ikon lain terpilih seperti Eksekutif Pengisian Kandungan Islam TV3 dan TV9 iaitu Ahmad Noor Sulaiman serta pesara guru tadika, Chee Hoi Lan.

Difahamkan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon terpilih.

Meninjau ruang Insta Story selebriti tersebut, dilihat Mizz Nina memuat naik semula ucapan terima kasih yang dikongsikan oleh pengikut media sosial serta sahabat terdekat.

Selain aktif menyertai misi kemanusiaan, Mizz Nina juga mempunyai aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup muslim iaitu Qalby App.

Sumber: Instagram @myjakim